Aku
Ingin Kembali
Mohd Fuad Bin Saini
SMK Kota Samarahan
Segala suruhan-Nya
aku tinggalkan
detik masa yang
berlalu
aku habiskan dengan kelalaian duniawi
dan mengerja
kemewahan
tidak ada rasa bersalahnya di sudut hati
dengan kegelapan
yang telah diwarnakan dalam diri
Teguran tidak
diendahkan
nasihat apatah lagi
hati memberontak
untuk menerima kebaikan
iman kian menipis
dalam kabus dosa yang menebal
Namun haruskah
aku begini
bermandikan
dosa sampai akhir hayat
ajal akan
datang bila tiba masanya
tidak akan dapat
ditunda
kerana mati suatu
kepastian
adakah usia emas
baru nak terhantuk?
Aku ingin kembali
membersihkan jiwaku
mengkikis dosa
tinggalkan kealpaan
dunia
yang hanya
melekakan saja
melawan nafsu yang
menguasai diri
Ayuh diriku
aku menyeru dan mengharap
bangunlah dari
tidur yang lena
yang banyak dibuai
mimpi
kembalilah ke
landasan yang benar
Dengan penuh
keinsafan
air mata jatuh di
atas sejadah
menadah tangan
memohon keampunannya
mengharap titisan
rahmatnya
moga terpadam
garis-garis dosa